Pembalikan secara manual Wikipedia:Membalikkan_laman_ke_versi_terdahulu

Adakalanya (misalnya, jika pelaku musnah membubuh atau memadamkan teks, kemudian orang lain membuat suntingan membina), cara yang terbaik untuk membuat asal suntingan adalah menyunting laman semasa untuk menggugurkan teks yang salah atau memulihkan teks yang tersalah padam (ini boleh dilakukan dengan menyalin dan menampal dari versi terdahulu laman); tetapi adalah lebih mudah untuk memulihkan laman kepada versi terdahulu sebelum perubahan yang ingin anda balikkan, dengan:

  • Klik tab "sejarah" di atas laman untuk memaparkan sejarah laman.
  • Klik waktu dan tarikh versi terdahulu yang ingin anda balikkan. Anda akan melihat ungkapan seperti:

Semakan pada 10:06, 2 Mac 2020 (sunting)
***.***.***.*** (Perbualan | sumb.)
(kemas kini)
← Suntingan sebelumnya

    • Penting: dalam kes laku musnah, luangkan masa untuk memastikan anda sedang membalikkan laman kepada versi terdahulu tanpa kesan laku musnah; mungkin ada berbilangan suntingan laku musnah berturut-turut yang diselangkan antara suntingan membina.
  • Klik pautan "sunting" pada ungkapan versi terdahulu. (Di atas kotak penyuntingan, anda akan melihat amaran: "PERINGATAN: Anda menyunting semakan lama. Jika anda menyimpannya, perubahan yang dibuat sejak semakan ini akan hilang.") Jika penyuntingan memerlukan akaun berdaftar, log masuk dahulu, atau tinggalkan pesanan dalam laman perbincangan.
  • Isi ruangan ringkasan suntingan dengan keterangan sewajarnya, seperti "membalikkan laman" atau "membalikkan laku musnah".
  • Simpan halaman.
  • Jika terdapat suntingan membina yang dibuat selepas yang anda ingin balikkan, kembali ke sejarah laman untuk mencari suntingan itu, dan buat semula dengan tangan sebaik yang boleh.